LATIHAN JENIS AYAT
1. Berdasarkan ayat-ayat berikut, klasifikasikan ayat tersebut.
a) Jagalah barang-barang ini.
b) Pujuk budak yang menangis itu.
c) Awak tak usahlah datang lagi
d) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.
e) Jemputlah masuk.
f) Jangan merokok.
g) Jangan ambil.
h) harap jangan merokok
i) cis, terimalah tikamanku!
j) Nama saya Ahmad.
k) Menangislah sepuas-puas hatimu.
l) apakah benda itu?
m) Pergi?
Jawapan:
Ayat penyata, Ayat Perintah ( Ayat silaan, ayat permintaan, ayat
larangan, ayat suruhan), Ayat tanya (Ayat tanya terbuka, ayat tanya
tertutup), Ayat seruan
18 Nov 2012
Sejarah Sekolah SK.Sahabat 16
SEJARAH / LATARBELAKANG SEKOLAH
TARIKH PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH
Sekolah ini wujud pada 16 januari 1989 dan dikenali
sebagai Sekolah Kebangsaan Sahabat 16.Ia terletak di gugusan Sahabat Felda di
antara Sahabat 03,Sahabat 04,Sahabat 05 dan Bandar Sahabat.Kedudukannya adalah
ditengah-tengah di anatara Bandar Sahabat dan perkampungan peneroka yang
dikenali sebagai Desa Kencana.
Peringkat
awal pendaftaran para pelajar telah didaftarkan si salah sebuah rumah peneroka
dan dikendalikan oleh Cikgu Norisan Sialan.Maka dengan rasminya pada tanggal 16
Januari 1989 Sekolah Kebangsaan Sahabat 16 mula beroperasi dibawah pimpinan
Guru Besar yang pertama iaitu En.Wentwes Dugal sehingga tahun 1995.Pada asalnya
bangunan ini milik pejabat Felda sahabat 05,tetapi pada tahun 1993,bangunan ini
telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah.
Keluasan
tapak sekolah mengikut maklumat dari pentadbiran Felda ialah seluas 3.5 hektar
yang terdiri daripada Blok-Blok :
a)Anjung Teduh b)Baiduri Ayu
c)Cenderawasih d)Desa Kencana
e)Embara Budi f)Fajar Harapan
g)Gemala Pura h)Hamparan Badai
i)Indera Sakti j)Jeragan Bestari
k)kembara Sakti l)lancang Kemudi
m)Mercu Puspita n)Nilam Permata
o)Ombak beralun p)Panca Delima
PENEMPATAN
GURU
Tidak
ada penempatan guru yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Sabah sejak tahun
1989 sehingga ke hari ini.
Sebahagian
daripada guru menumpang tinggal di
rumah-rumah peneroka yang disediakan oleh pihak Felda sebanyak 10 unit.Oleh
kerana masalah bekalan air,kini hanya 4 unit rumah peneroka sahaja yan didiami
oleh para guru dan selebihnya sama ada menyewa di kawasan perumahan kilang dan
tinggal di kuarters felda terutamanya bagi guru-guru wanita yang suami mereka
adalah kakitangan Felda.
PERKEMBANGAN
SEKOLAH
Pada
tahun 1989,bilangan pelajar ialah seramai 63 orang dengan 9 orang guru .Tahun
demi tahun angka ini meningkat dan pada tahun 1999 bilangan pelajar adalah
seramai 1364 orang dengan 49 orang tenaga pengajar dan 5 orang kakitangan Bukan
mengajar serta diterajui oleh Guru Besar yang ketiga,En.Santa Bin Amir Husin
iaitu selepas Guru Besar kedua,En.Hassan bin Mamat.
Pada
tahun 1989,semasa sekolah ini dibuka,bilangan pelajar di sekolah ini ialah
seramai 63 orang dengan 9 orang guru.Guru Besar Pertama ialah En.Wentwes Dugal
yang bertugas pada tahun 1989-1994
Guru
Besar kedua ialah En.Hassan Bin Mamat yang bertugas dari tahun 1994 hingga
1999.Tahun demi tahun,bilangan guru dan murid semakin bertambah.Pada tahun 1999
bilangan murid meningkat kepada 1364 orang dengan 49 orang tenaga pengajar dan
5 orang Kakitangan Bukan Mengajar.
Guru
Besar yang ketiga ialah En.santa Amir Husin yang bertugas pada tahun 1999
sehingga 2000.Guru Besar yang keempat ialah En.Jamli Bin Hj.Ibrahim iaitu yang
bertugas antara tahun 2001-2003.
Pada
6 Januari 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia telah dapat memiliki tapak
pembinaan bangunan SK.Sahabat 16.KIP Management telah diamanahkan untuk
pembinaan bangunan baru tersebut.Kontraktor yang diberi mandat untuk
kerja-kerja pembinaannya ialah IKOI Sdn.Bhd dengan kos RM15,800,000.00
Tarikh
siap pembinaan bangunan ini ialah pada 5 April 2002.Majlis penyerahan bangunan
baru ini telah disempurnakan pada 23 Okt 2002.Penyerahan bangunan telah
dilakukan oleh KIP Management kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
iaitu Tuan Hj.Abdul b.Hj.Using.Tuan Hj.Abdul telah menyerahkan kepada pihak
sekolah yang diwakili oleh Guru Besar En.Jamli b.Hj.Ibrahim.
SK.Sahabat
16 telah beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada 1 Januari 2003.Bilangan
muridnya seramai 892 orang.Mulai 23.12.2003 Guru Besar sekolah ini ialah
Pn.Eaishah bt.Md.Teha.Memandangkan bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan oleh
pihak felda,sebuah generator telah disediakan.Bangunan ini dilengkapi dengan 30
buah bilik darjah ,2 bilik komputer,1 bilik seni visual,1 bilik Kemahiran
Hidup dan 1 bilik Muzik.
Blok
pentadbiran pula merangkumi pejabat am,Bilik Guru,Pusat Sumber ,Bilik Audio
Visual,Bilik gerakan,Bilik Perkembangan Staf dan 2 buah makmal.Dewan
Serbaguna,Bilik Kaunseling,Bilik Kesihatan,Bilik pemulihan dan Surau memenuhi
tingkat bawah Blok Pentadbiran.Selain itu,terdapat juga kantin sekolah ,tiga
gelanggang untuk sepak takraw dan padang sekolah.SK.Sahabat 16 juga dilengkapi
dengan 3 blok bangunan rumah guru 4 tingkat.Setiap blok terdiri daripada 8 unit
rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)